Sunday 20 February 2011

Teknik Penulisan Karangan


TEKNIK PENULISAN KARANGAN

Panduan penulisan pendahuluan

Ayat Rangsangan  1
Ayat pernyataan tema
Ayat Rangsangan 2
Definisi tema(Dari segi konsepsinya…)
Ayat Rangsangan 3
Mengapa/bagaimana/siapa
Ayat Contoh
Menurut…….
Ayat Arahan
Ayat arah soalan

*1.        Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.
 2.       Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab,cara,langkah,kesan,kepentingan dan sebagainya dalam pendahuluan.
  3.       Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat arahan.

Panduan memulakan perenggan idea
Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut:
Punca/cara/usaha/kepentingan yang perlu diperhalusi ialah…..

*1.        Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi.
 2.        Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.
 3.        Pelajar memasukkan isi seperti sebab,cara,langkah,kesan,kepentingan dan sebagainya.
 4.        Pelajar boleh memasukkan peribahas dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat penegas.
 5.        Pelajar perlu menjawab persoalan,mengapa,bagaimana,dan siapa , bagi menjelaskan isi secara terperinci.


RUMUS PENGEMBANGAN ISI KARANGAN

Ayat Judul
Ayat arah soalan + isi/idea utama
Ayat Huraian I
(Apa,siapa,bila,di mana ,mengapa) 5W
Ayat Huraian  2
(bagaimana) 1H
Ayat Contoh

Ayat Penegas
Ayat kesimpulan
Peribahasa

Contoh Aplikasi Rumus
Tema: Menabung
Fokus Soalan: langkah menghadapi kemelut ekonomi

AJ
Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

AH 1
Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.

AH 2
Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.

AH 3
Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

AH 4
Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

AH 5
Pelbagai  bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk perhatian kanak-kanak menabung.

AH 6
Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmnen yang tinggi terhadap aktivtii menabung,tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.

AC
Sebagai contoh,kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap,simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

AP
Pepatah beringat sebelum kena,berjimat sebelum habis perlulah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan




Panduan menulis kesimpulan/Penutup karangan
Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut:
Kesimpulannya….
Secara tuntas…..
Sebagai akhir kalam…..
Konklusinya…
Sebagai intiha..

Ayat 1
Ayat pernyataan tema
Ayat 2
Ayat rangsangan harapan
Ayat 3
Ayat rangsangan pandangan
Ayat 4
Ayat rangsangan  cadangan
Ayat 5
Kesimpulan perenggan

Konsep asas yang perlu diketahui pelajar

1.    Tema                           :isu dalam soalan
2.    Ayat arah                    :ayat yang menjurus kepada kehendak soalan
3.    Ayat Huraian               : ayat yang menghurai idea
4.    Ayat Contoh                : ayat yang menyatakan contoh
5.    Ayat kesimpulan         : Ayat yang menggabungkan harapan,pandangan dan cadangan terhadap isu

No comments:

Post a Comment